Isu Tablet Paracetamol Mengandungi Virus “Machupo” yang Tersebar Luas di Laman Sosial

Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada penularan mesej di laman sosial berkaitan tablet paracetamol P/500, warna putih berkilat yang dikatakan mengandungi virus ‘Machupo’.

Produk P/500 (Aeknil) tablet berwarna putih yang disebarkan melalui media sosial tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan adalah berbeza dengan produk Aeknil Tablets yang didaftarkan.

Produk Aeknil Tablet yang berdaftar dengan KKM mengandungi bahan aktif paracetamol 500mg dengan nombor pendaftaran MAL19911249XZ untuk indikasi “For the relief of mild to moderate pain and reduce fever”. Tablet yang didaftarkan berwarna biru, berbentuk bulat dengan diameter ½ inci dan mempunyai perkataan aeknil atau therapeutic pada permukaannya.

Untuk makluman, KKM juga tidak menerima sebarang laporan alert berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau negara-negara lain setakat ini.

Virus “Machupo” dikelaskan dalam kumpulan virus Arenavirus yang boleh menyebabkan demam berdarah. Buat masa ini, virus berkenaan hanya ditemui di Amerika Selatan. Ia tersebar melalui air kencing atau najis tikus yang telah dijangkiti. Seperti kebanyakan virus yang lain, virus ini tidak boleh hidup dalam persekitaran yang kering seperti tablet paracetamol.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita atau mesej yang belum tentu kesahihannya. Orang ramai diminta untuk memastikan produk yang diguna adalah produk berdaftar di mana ia mempunyai pelekat hologram dan dilabel dengan nombor pendaftaran MAL. Semakan status pendaftaran sesuatu produk boleh dibuat melalui laman sesawang https//:npra.moh.gov.my atau menghubungi NPRA di talian 03- 78835400.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Permohonan Pendaftaran Ahli Farmasi Dengan Lembaga Farmasi Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi Pendaftaran Provisonal Ahli Farmasi (PRP), Pendaftaran Penuh Ahli Farmasi (FRP) dan Pendaftaran Sementara Ahli Farmasi (TPC) melalui sistem BLESS ditangguhkan buat sementara waktu bagi urusan penambahbaikan sistem. Semua permohonan baru bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga Farmasi Malaysia boleh dibuat secara manual mulai 15 Februari 2017. Segala kesulitan amat dikesali.

Panduan Untuk Pemohon

  1. Borang yang diisi lengkap hendaklah dihantar ke:                                                       Setiausaha

    Lembaga Farmasi Malaysia

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    Lot 36, Jalan Universiti,

    46359 Petaling Jaya,

    Selangor

  2. Borang permohonan boleh diperolehi daripada: a) Lembaga Farmasi Malaysia

     b) Laman web rasmi www.pharmacy.gov.my

  3. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi yang berikut: a) Pendaftaran Provisional:

                                              i) Puan Hanisah binti Shafie (03-78413383/hanisah.shafie@moh.gov.my)

                                             ii) Nur Husni binti Hamid (03-78413317/husni.hamid@moh.gov.my)

     b) Pendaftaran Penuh :

                                           i) Encik Ahmad Farhan bin Paiman

  4. (03-78413246/farhanpaiman@moh.gov.my)                                      ii) Encik Ismeth Azril bin Shamsuddin (03-78413393/ismeth.azril@moh.gov.my)

     c) Pendaftaran Sementara:

                                           i) Encik Ahmad Farhan bin Paiman (03-78413246/farhanpaiman@moh.gov.my)

                                          ii) Nur Husni binti Hamid (03-78413317/husni.hamid@moh.gov.my)

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.

E-BOOK Cakna Ubat Anda

ebook

Ebook Cakna Ubat Anda adalah merupakan satu inisiatif Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk mempelbagaikan medium penyampaian maklumat kepada masyarakat berkenaan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia melibatkan kawalan ubat-ubatan dan kosmetik di Malaysia. Ebook ini pada mulanya memfokuskan kepada pengguna-pengguna internet atau netizen apabila netizen boleh memuaturun ebook ini secara percuma di tapak simpanannya di mediafire.com.

Selepas hampir 18000 kali muaturun di tapak simpanannya, kami melangkah selangkah lagi dengan memperkenalkan ebook Cakna Ubat Anda dalam bentuk aplikasi yang boleh dimuaturun di Play Store.
Ebook Cakna Ubat Anda ini mempunyai 4 siri merujuk kepada 4 buah tajuk iaitu
1. Cakna Ubat Anda : Berkisar mengenai kawalan ubat-ubatan di Malaysia
2. Ubat, Kosmetik dan Racun : Mendedahkan beberapa produk ubat dan kosmetik yang beracun
3. Kosmetik – Cantik atau Mudarat : Berkisar mengenai kawalan kosmetik di Malaysia
4. Kawalan Iklan : Menceritakan kawalan iklan ubat dan perkhidmatan perubatan di Malaysia

Semoga aplikasi ini memberikan satu manfaat yang besar kepada masyarakat dan dalam masa yang sama membudayakan budaya membaca untuk mendapatkan pengetahuan di kalangan masyarakat.
Kami boleh di hubungi di http://www.facebook.com/CPFKelantan atau talian kami di 09-7730586.

Untuk muat-turun aplikasi, sila ke menu INFORMASI > PRODUK KAMI > E-BOOK CAKNA UBAT ANDA

#Gu Cakna Ubat

# Gu Cakna Ubat ialah satu kempen yang dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Kelantan.

Dalam dialek Kelantan, “gu” bermaksud sahabat manakala “cakna” bermaksud ambil tahu/ambil peduli.

Dengan menyertai kempen ini, para pengguna dapat berkomunikasi secara terus dengan Pegawai Farmasi BPF JKN Kelantan untuk bertanya sebarang isu berkaitan ubat-ubatan atau isu berkaitan pendaftaran produk seperti kosmetik dan ubat tradisional. Selain dari itu, pihak kami juga akan memuat-naik gambar-gambar produk tidak berdaftar yang mengandungi racun agar pihak pengguna tidak terpedaya.

Semua orang awam dan professional kesihatan dijemput untuk menyertai kempen ini melalui aplikasi sosial seperti yang tertera di dalam poster di bawah.

Sekiranya berminat, tuan/puan boleh menyertai kempen ini melalui empat cara:

  1. Telegram: telegram.me/caknaubat
  2. Twitter: twitter.com/cpfkelantan
  3. Whatsapp: Taip “yes gu” ke nombor telefon 011-13184808
  4. Instagram: Follow @gucaknaubat

poster-gu-cakna-ubat