E-BOOK Cakna Ubat Anda

ebook

Ebook Cakna Ubat Anda adalah merupakan satu inisiatif Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk mempelbagaikan medium penyampaian maklumat kepada masyarakat berkenaan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia melibatkan kawalan ubat-ubatan dan kosmetik di Malaysia. Ebook ini pada mulanya memfokuskan kepada pengguna-pengguna internet atau netizen apabila netizen boleh memuaturun ebook ini secara percuma di tapak simpanannya di mediafire.com.

Selepas hampir 18000 kali muaturun di tapak simpanannya, kami melangkah selangkah lagi dengan memperkenalkan ebook Cakna Ubat Anda dalam bentuk aplikasi yang boleh dimuaturun di Play Store.
Ebook Cakna Ubat Anda ini mempunyai 4 siri merujuk kepada 4 buah tajuk iaitu
1. Cakna Ubat Anda : Berkisar mengenai kawalan ubat-ubatan di Malaysia
2. Ubat, Kosmetik dan Racun : Mendedahkan beberapa produk ubat dan kosmetik yang beracun
3. Kosmetik – Cantik atau Mudarat : Berkisar mengenai kawalan kosmetik di Malaysia
4. Kawalan Iklan : Menceritakan kawalan iklan ubat dan perkhidmatan perubatan di Malaysia

Semoga aplikasi ini memberikan satu manfaat yang besar kepada masyarakat dan dalam masa yang sama membudayakan budaya membaca untuk mendapatkan pengetahuan di kalangan masyarakat.
Kami boleh di hubungi di http://www.facebook.com/CPFKelantan atau talian kami di 09-7730586.

Untuk muat-turun aplikasi, sila ke menu INFORMASI > PRODUK KAMI > E-BOOK CAKNA UBAT ANDA

#Gu Cakna Ubat

# Gu Cakna Ubat ialah satu kempen yang dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Kelantan.

Dalam dialek Kelantan, “gu” bermaksud sahabat manakala “cakna” bermaksud ambil tahu/ambil peduli.

Dengan menyertai kempen ini, para pengguna dapat berkomunikasi secara terus dengan Pegawai Farmasi BPF JKN Kelantan untuk bertanya sebarang isu berkaitan ubat-ubatan atau isu berkaitan pendaftaran produk seperti kosmetik dan ubat tradisional. Selain dari itu, pihak kami juga akan memuat-naik gambar-gambar produk tidak berdaftar yang mengandungi racun agar pihak pengguna tidak terpedaya.

Semua orang awam dan professional kesihatan dijemput untuk menyertai kempen ini melalui aplikasi sosial seperti yang tertera di dalam poster di bawah.

Sekiranya berminat, tuan/puan boleh menyertai kempen ini melalui empat cara:

  1. Telegram: telegram.me/caknaubat
  2. Twitter: twitter.com/cpfkelantan
  3. Whatsapp: Taip “yes gu” ke nombor telefon 011-13184808
  4. Instagram: Follow @gucaknaubat

poster-gu-cakna-ubat

Permohonan Memperolehi & Menggunakan Ubat Yang Memerlukan Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia/ Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

Kelulusan daripada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK)/Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) diperlukan untuk memperolehi dan menggunakan ubat berikut:

1. Ubat yang tidak terdapat dalam FUKKM.

2. Ubat yang terdapat dalam FUKKM tetapi indikasi yang dipohon tidak ada dalam FUKKM walaupun indikasi tersebut berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

3. Ubat yang tidak berdaftar dengan PBKD.

4. Ubat yang terdapat dalam FUKKM tetapi tiada di pasaran atau tidak lagi berdaftar dengan PBKD hanya memerlukan kelulusan dari Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM sahaja untuk digunakan di institusi KKM.

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.

Perkhidmatan “Home Medication Review”

Home Medication Review (HMR) adalah perkhidmatan lawatan ke rumah pesakit yang disertai oleh sebuah pasukan kesihatan, terdiri daripada doktor, Pegawai Farmasi, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan lain-lain. Pegawai Farmasi akan menilai dari segi kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan mereka, mengenal pasti isu-isu berkaitan regimen ubat-ubatan pesakit (pharmaceutical care issues) dan memperkasakan pengetahuan pesakit dan ahli keluarga terhadap penyakit yang dihadapi.

Terdapat 3 jenis perkhidmatan HMR:

  • HMR Neurologi/Strok
  • HMR Psikiatri
  • HMR Geriatrik

Untuk keterangan lebih lanjut, sila berjumpa dengan ahli farmasi di hospital atau klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang berdekatan.

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM