Isu Tablet Paracetamol Mengandungi Virus “Machupo” yang Tersebar Luas di Laman Sosial

Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada penularan mesej di laman sosial berkaitan tablet paracetamol P/500, warna putih berkilat yang dikatakan mengandungi virus ‘Machupo’.

Produk P/500 (Aeknil) tablet berwarna putih yang disebarkan melalui media sosial tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan adalah berbeza dengan produk Aeknil Tablets yang didaftarkan.

Produk Aeknil Tablet yang berdaftar dengan KKM mengandungi bahan aktif paracetamol 500mg dengan nombor pendaftaran MAL19911249XZ untuk indikasi “For the relief of mild to moderate pain and reduce fever”. Tablet yang didaftarkan berwarna biru, berbentuk bulat dengan diameter ½ inci dan mempunyai perkataan aeknil atau therapeutic pada permukaannya.

Untuk makluman, KKM juga tidak menerima sebarang laporan alert berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau negara-negara lain setakat ini.

Virus “Machupo” dikelaskan dalam kumpulan virus Arenavirus yang boleh menyebabkan demam berdarah. Buat masa ini, virus berkenaan hanya ditemui di Amerika Selatan. Ia tersebar melalui air kencing atau najis tikus yang telah dijangkiti. Seperti kebanyakan virus yang lain, virus ini tidak boleh hidup dalam persekitaran yang kering seperti tablet paracetamol.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita atau mesej yang belum tentu kesahihannya. Orang ramai diminta untuk memastikan produk yang diguna adalah produk berdaftar di mana ia mempunyai pelekat hologram dan dilabel dengan nombor pendaftaran MAL. Semakan status pendaftaran sesuatu produk boleh dibuat melalui laman sesawang https//:npra.moh.gov.my atau menghubungi NPRA di talian 03- 78835400.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Lembaga Racun

PENGENALAN

Lembaga Racun ditubuhkan menurut peruntukan di bawah Akta Racun 1952 dan berperanan menasihati Menteri Kesihatan dalam perkara-perkara berikut:

•    Pengkelasan bahan kimia baru sebagai Racun
•    Pemindaan pengkelasan Racun dalam Senarai Racun
•    Pembatalan Racun daripada Senarai Racun
•    Pemindaan senarai bahan psikotropik dalam Jadual Ketiga
•    Penambahan atau pembatalan artikel atau persediaan dalam Jadual Kedua

Lembaga Racun bersidang 2 kali setahun, kebiasaannya pada pertengahan dan hujung tahun, bagi membahaskan permohonan melibatkan perkara-perkara di atas dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
 

Keahlian

Ahli-ahli Lembaga Racun seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Racun 1952 adalah seperti berikut:

Pengerusi

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Ahli (dilantik oleh Menteri Kesihatan)  

1.    Dr. Salmah binti Bahri
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

2.    Encik Khairul Hadi bin Abd. Raof
Jabatan Kimia Malaysia

3.    Pn Sawiyah binti Alias
Jabatan Pertanian

4.    Dr. Marzuki bin Zakaria
Jabatan Perkhidmatan Veterinar

5.    Dato’ Dr. NKS Tharmaseelan a/l NK Sinnadorai
Persatuan Perubatan Malaysia

6.    Dr. David Quek Kwang Leng
Majlis Perubatan Malaysia

7.    Dr. Chua Siew Kiat
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia

8.    Datuk Dr. A.T. Kumararajah a/l Tambyraja
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia

9.    Encik Amrahi bin Buang
Persatuan Farmasi Malaysia

Setiausaha

Tn. Hj. Ghazali bin Mansor
Timbalan Pengarah (Penguatkuasa)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.

Lembaga Farmasi Malaysia

Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) ditubuhkan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 3, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.

Ahli Lembaga

  • Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (ex-officio);
  • Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (ex-officio);
  • Lapan orang Ahli Farmasi Berdaftar dari perkhidmatan awam yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia;
  • Tiga orang Ahli Farmasi Berdaftar daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan program ijazah farmasi (dipilih daripada calon-calon yang dicadangkan oleh IPT) yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia;
  • Dua orang Ahli Farmasi Berdaftar bukan daripada perkhidmatan awam  yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia;
  • Tiga Ahli Farmasi Berdaftar bukan daripada perkhidmatan awam yang dicalonkan oleh persatuan farmasi di sektor swasta, yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia

Ahli-ahli Lembaga Farmasi Malaysia

  1. Y.Bhg.Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah (PRESIDEN)
    Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
  2. Y.Bhg.Dato’ Eisah binti A.Rahman
    Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
  3. Dr. Salmah binti Bahri
    Pengarah Agensi Regulatori Farmasi Negara
  4. Encik Tan Ann Ling
    Pengarah Penguatkuasaan Farmasi
  5. Puan Abida Haq binti Syed M.Haq
    Pengarah Amalan dan Perkembangan Farmasi
  6. Dr Ramli bin Zainal
    Pengarah Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi
  7. Encik Dali bin Ismail
    Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Perlis
  8. Puan Rosidah binti Md Din
    Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Johor
  9. Y.Bhg. Puan Faridah Binti Md Yusof
    Ketua Jabatan Farmasi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, PPUKM
  10. Y.Bhg. Brigadier Jeneral Dato’ Dr. A Halim bin Hj Basari
    Pengarah Farmasi, Markas Angkatan Tentera Malaysia
  11. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar bin Abdul Majeed
    Assistant Vice Chancellor, Kampus Perubatan dan Pergigian, UiTM
  12. Prof. Dr. P.T Thomas
    Dean School of PharmacyTaylor’s University
  13. Prof. Madya Dr. Jamia Azdina bin Jamal
    Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia 
  14. Puan Leng Seng Dee
    Head of Pharmacy Services, Pantai Holdings Berhad
  15. Dr. Mukunda Kumar M.S. Nair
    Farmasi Millenium (Sri Sentosa) Sdn. Bhd.
  16. Encik Amrahi bin Buang
    Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  17. YBhg. Prof Datuk Dr. Allan Mathews
    Persatuan Farmasi Sabah
  18. Dr. Choe Tong Seng
    Malaysian Association of Pharmaceuticals Suppliers (MAPS)
  19. Tuan Haji Mohd Yunos bin Shaari (SETIAUSAHA)

Lembaga Farmasi Malaysia bertanggungjawab

  1. Menguruskan permohonan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran Ahli Farmasi dan Pertubuhan Perbadanan.
  2. Menguruskan permohonan akreditasi dan pengiktirafan bagi program ijazah farmasi di Institusi Pengajian Tinggi.
  3. Menguruskan permohonan kelulusan premis untuk latihan provisional.
  4. Menyelaras dan memantau pencapaian mata minimum CPD bagi tujuan permohonan Sijil Pengekalan Tahunan Ahli Farmasi.
  5. Menyelaras dan menggubal soalan Peperiksaan Perundangan Farmasi bagi tujuan pendaftaran Ahli Farmasi.
  6. Menyedia dan memantau pematuhan kepada Garispanduan Kelulusan dan Pengiktirafan Program Farmasi bagi memastikan kualiti pelajar dan institusi yang menjalankan program ijzah farmasi.

Jawatankuasa berikut ditubuhkan di bawah LFM bagi membantu Lembaga melaksanakan fungsinya iaitu:

  1. Jawatankuasa Teknikal Bersama
  2. Jawatankuasa Teknikal Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi
  3. Jawatankuasa Teknikal Akreditasi Farmasi
  4. Jawatankuasa Teknikal Pengiktirafan dan Pendaftaran Ahli Farmasi
  5. Jawatankuasa Teknikal Inkuiri
  6. Jawatankuasa Teknikal Kelayakan Masuk Minimum
  7. Jawatankuasa Teknikal Latihan

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.