Latar Belakang

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (BPF JKNK) merupakan salah satu daripada bahagian yang penting di dalam organisasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Secara umumya, bahagian ini terbahagi kepada tiga cawangan iaitu:

1. Cawangan Pengurusan

2. Cawangan Amalan dan Perkembangan

3. Cawangan Penguatkuasaan

Antara fungsi BPF JKNK ialah membuat perancangan bagi memastikan unit farmasi di hospital dan klinik kesihatan dapat membekalkan ubat yang berterusan secara berkualiti, selamat dan berkesan. Selain itu, bahagian ini turut menjalankan aktiviti penguatkuasaan ubat-ubatan dan pelesenan.