Piagam Pelanggan

Cawangan Pengurusan

(a)Mengurus pembayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan invois.

(b)Memproses semua urusan tuntutan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen ditandatangani pihak atasan.

(c)Memaklumkan urusan pengesahan kepada pegawai dan anggota dalam tempoh 1 minggu (hari bekerja) daripada tarikh surat berkenaan berkaitan diterima daripada pihak atasan.

Cawangan Amalan & Perkembangan

Surat akan diedarkan ke hospital/klinik kesihatan dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh arahan ketua bahagian.

Cawangan Penguatkuasaan

(a)Pengeluaran lesen/permit baru dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

(b)Pengeluaran pembaharuan lesen/permit dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.